Thursday, September 24, 2009

ARTIKEL

Renungan

Ilmu amat penting bagi semua orang. Bagi pelajar-pelajar, pelajaran amat penting demi kejayaan masa depan. Sikap pelajar itu sendiri amat penting dalam mencapai kejayaan di sekolah. Ciri-ciri yang baik bagi seorang pelajar untuk mencapai kejayaan ialah:
a. Berusaha,b. Ingin berjaya,c. Sikap tidak suka bergantung pada orang lain,d. Berminat untuk mencari ilmu dan tidak hanya bergantung kepada guru sahaja.


GURU

Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai kepada guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab bersama guru.

GURU DAN STAF SKHI

TN. HJ. MD. ISA B. HJ. OTHMAN (GURU BESAR)
TN HJ MOHD ZAINI B A RAZAK (PK KURIKULUM DAN PENTADBIRAN)
EN. AZEMAN B ABD AZIZ (PK HAL EHWAL MURID)
PN NORASHIKIN BT MOHD JAFRI (PK KOKURIKULUM)
EN. AHMAD NAZMI B. MAT SALLEH
PN. ANITA BT IBRAHIM
PN. ASMIZA BT. ISA
PN. AZIAH AWANIS KAMARUDDIN
PN. NORPIZA BT AB HAMID
PN. KALSUM BT. L. SALLEH
PN NUR IZZATI KO BT ABDULLAH
EN  RUSLIZAM B ABU BAKAR
EN. NORBANI B. MD. NOORDIN
PN. MAZIAH BT. SAID
PN. NAZREYANA BT. MD. NORDIN
PN. NOR HAFIZA BT. ABDULLAH
PN. NORLIDA BT. AWANG IBRAHIM
PN. NOROLHUSNA BT. HARUN
PN. ROSITA BT. PUTEH
EN. ROZAINI B. MOHD DAHALAN
PN. RUSMINI BT. ABD. RAZAK
PN. SHOFIAH BT. HJ. IBRAHIM
PN. SITI ROHANI BT. AZIZ
PN. ZAHARANI BT. MOHD NOOR
PN. ZAHRINA BT. DARUS
PN. ZARANI BT. IBRAHIM
EN. MOHD AKIR B HUSSIN
EN MOHD NIZAM B HUSSEIN
PN. NORSALWATI BT. MOHD TAHIR

EN. MUHAMMAD ASYIEQ B ABDULLAH
CIK HASLIZA BINTI HASAN (N17)
PN. SURAIYA BT. NOH (N17)
NABILAH BT CHE DAN
HASLIZA BT

LAGU SEKOLAH

BERSATU BERUSAHA BERJAYA
COGAN SEKOLAH KITA
DISIPLIN BERHEMAH DAN BERBUDI
LAMBANG PERIBADI BERILMU
chorus
DISINILAH TUNAS NEGARA
MENGISI ILMU DI DADA
BEKALAN MASA HADAPAN
UNTUK CAPAI WAWASAN
BERSATU BERUSAHA BERJAYA
COGAN SEKOLAH KITA
DISIPLIN BERHEMAH DAN BERBUDI
LAMBANG PERIBADI BERILMU

SEJARAH



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Haji Ismail terletak di pekan Kuala Kedah kira-kira 11 kilometer dari Bandaraya Alor Star. Nama sekolah ini dahulu ialah Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya sempena nama tempat ia didirikan iaitu Kampong Seberang Nyonya. Mengikut maklumat yang diterima, sekolah ini telah wujud dalam tahun 1940an. Sekolah ini terdiri dari satu blok bangunan kayu di bangunan blok C sekarang. Sekolah ini kemudiannya telah dibaik pulih oleh Tuan Haji Ismail bin Ibrahim AMN., JP. ,iaitu salah seorang pemimpin masyarakat di sini. Beliau bersama penduduk di sini bergotong-royong membaik pulih bangunan sekolah tersebut. Murid-murid sekolah ini pada masa tersebut seramai 140 orang terdiri daripada anak penduduk tempatan di sekitar Kampong Seberang Nyonya yang
berbangsa Melayu.
Sekolah ini ada persekolahan sesi pagi sahaja. Tenaga pengajar atau guru seramai 8 orang sahaja. Guru Besar yang pertama yang tercatat ialah Encik Abdullah bin Mohd. Noor.Sekolah ini telah ditukar nama kepada nama sekarang pada tahun 1997. Sekarang sekolah ini mempunyai satu blok bangunan empat tingkat, tiga blok bangunan setingkat dan mempunyai 475 orang murid dengan 14 kelas dan tenaga pengajar seramai 32 orang.

VISI