Friday, July 30, 2010

SESI BERGAMBAR WARGA SKHI

Diadakan dengan kerjasama pihak BTPN. Terimakasih diucapkan kepada  pegawai Teknologi Pendidikan, Encik Omar bin Hassan atas kesudian beliau mengadakan sesi bergambar dengan warga sekolah.




Thursday, July 29, 2010

CERAMAH KEMAHIRAN BELAJAR

Dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Cermah disampaikan oleh Encik Mohd Noor Fazlan bin Azizan.



Friday, July 23, 2010

MESYUARAT AJK PENINGKATAN UPSR

Berbincang mengenai analisa dan post mortem Ujian Taksiran 3 yang diadakan baru-baru ini.


Thursday, July 22, 2010

PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT

Setelah membuat laporan secara online melalui STS, pihak PKG Telok Kechai telah datang ke sekolah dan menjalankan penyelenggaraan ke atas peralatan  ICT yang dilaporkan mengalami kerosakan.





Wednesday, July 21, 2010

TEKNIK UPSR B.INGGERIS

Pihak JK Peningkatan UPSR sekolah telah menjemput Encik Abdul Karim bin Md Haniffa bagi menyampaikan ceramah. 


Thursday, July 15, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010



Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2010 yang disempurnakan oleh YTM Dato’ Seri DiRaja Tunku Sallehuddin Ibni Almarhun Sultan Badlishah, SHMS., SSDK., BCK., KPK.Tunku Temenggong Negeri Kedah Darul Aman,  telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya dan juga tak lupa kepada semua warga SK Haji Ismail yang saling bekerjasama dalam menjayakan majlis ini.




Monday, July 5, 2010

LAWATAN KE PERLIS

Dianjurkan oleh Kelab Pelancongan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Melibatkan murid-murid Tahun 4 dan 5. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Taman Ular, Ladang Anggur, Gua Kelam, Kuala Perlis dan Padang Besar.






Friday, July 2, 2010

PERTANDINGAN TARIAN DAN KOMPANG & FORMASI

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kerana berjaya menjadi Naib johan  di Pertandingan Kompang dan Foemasi Peringkat Daerah Kota Setar dan tempat ke-3 Pertandingan Tarian Peringkat Daerah Kota Setar. Tahniah juga diucapkan kepada Encik Anuar Arif bin Abdul Rahman selaku jurulatih kedua-dua pasukan dan juga kepada semua guru yang terlibat.