Saturday, April 17, 2010
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING
Pasukan Bola Baling Sekolah telah mengadakan tiga perlawanan persahabatan pada 12(Selasa), 14(Rabu) dan 15(Khamis) April 2010 dengan pasukan SK Seberang Nyonya , SK Tebengau dan SK Kuala Kedah sebagai persediaan dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat PKG Telok Kechai.
Kedua-dua pasukan sekolah iaitu pasukan lelaki dan perempuan telah berjaya mengalahkan ketiga-tiga sekolah. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada hari pertandingan sebenar pada 19 dan 20 hb April ini. Selamat berjaya...
Monday, April 12, 2010
MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-34
Diadakan pada hari Sabtu , 10 April 2010. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj Fadzil b Abd Rahman, Pengarah Urusan MNF& Associates. Beliau merupakan bekas pelajar Sk Haji Ismail. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis ialah Ceramah Motivasi Keselamatan Jalkan Raya oleh JKJR Negeri Kedah, Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang UPSR 2009 dan Cabutan Bertuah. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
Sunday, April 11, 2010
Thursday, April 8, 2010
AKTIVITI MINGGUAN
Izaah Madrasiyy ( 7.10 - 7.30)
Murid-murid akan diperdengarkan melalui radio perkataan-perkataan Bahasa Arab yang dipelajari dari Tahun 1 hingga 3. Juga diselang-selikan dengan lagu-lagu Arab yang mengandungi kosa-kosa kata yang dipelajari di dalam kelas.
Barnamaj Lughah Arabiyah (7.40 -7.45)
Murid membaca syair/ cerita pendek/perkataan baru/Adad. Guru memperkenalkan "jumlah mufida".
Aktiviti ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Arab pada setiap hari Khamis.

CERAMAH PERSEDIAAN MENGHADAPI BENCANA ALAM
Dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Ceramah disampaikan oleh Kaunselor Sekolah, Puan Norolhusna bt Harun.
AKTIVITI MINGGUAN
Tajuk Buku : 72 Hadis, Adab dan Nilai-Nilai Murni.
Sinopsis cerita dibaca oleh Nor Farhanim binti Mohammad Suhaimi (Tahun 5A)
Aktiviti ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah pada setiap hari Rabu.
Aktiviti ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah pada setiap hari Rabu.
Sunday, April 4, 2010
PERHIMPUNAN MINGGUAN
TEMA : HIDUP BERWAWASAN
GURU BERTUGAS
Pn Anita bt Chee Nee Md (Ketua)
Pn Maziah bt Said
Pn Zahrina bt Darus
Encik Zolkifli bin Hanafi
Encik Rozaini bin Mohd Dahalan
Pn Norzaharah bt Hamid
Aktiviti :
Acara Penyampaian Hadiah dan sijil untuk Pasukan Bola Jaring Sekolah, pemenang dan peserta Karnival Pendidikan Islam. Peringkat PKG Telok Kechai. Tahniah kepada semua pemenang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)