Thursday, September 24, 2009

SEJARAH



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Haji Ismail terletak di pekan Kuala Kedah kira-kira 11 kilometer dari Bandaraya Alor Star. Nama sekolah ini dahulu ialah Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya sempena nama tempat ia didirikan iaitu Kampong Seberang Nyonya. Mengikut maklumat yang diterima, sekolah ini telah wujud dalam tahun 1940an. Sekolah ini terdiri dari satu blok bangunan kayu di bangunan blok C sekarang. Sekolah ini kemudiannya telah dibaik pulih oleh Tuan Haji Ismail bin Ibrahim AMN., JP. ,iaitu salah seorang pemimpin masyarakat di sini. Beliau bersama penduduk di sini bergotong-royong membaik pulih bangunan sekolah tersebut. Murid-murid sekolah ini pada masa tersebut seramai 140 orang terdiri daripada anak penduduk tempatan di sekitar Kampong Seberang Nyonya yang
berbangsa Melayu.
Sekolah ini ada persekolahan sesi pagi sahaja. Tenaga pengajar atau guru seramai 8 orang sahaja. Guru Besar yang pertama yang tercatat ialah Encik Abdullah bin Mohd. Noor.Sekolah ini telah ditukar nama kepada nama sekarang pada tahun 1997. Sekarang sekolah ini mempunyai satu blok bangunan empat tingkat, tiga blok bangunan setingkat dan mempunyai 475 orang murid dengan 14 kelas dan tenaga pengajar seramai 32 orang.

No comments:

Post a Comment