Thursday, September 24, 2009

ARTIKEL

Renungan

Ilmu amat penting bagi semua orang. Bagi pelajar-pelajar, pelajaran amat penting demi kejayaan masa depan. Sikap pelajar itu sendiri amat penting dalam mencapai kejayaan di sekolah. Ciri-ciri yang baik bagi seorang pelajar untuk mencapai kejayaan ialah:
a. Berusaha,b. Ingin berjaya,c. Sikap tidak suka bergantung pada orang lain,d. Berminat untuk mencari ilmu dan tidak hanya bergantung kepada guru sahaja.


GURU

Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai kepada guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab bersama guru.

Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab bersama guru. Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut:
1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru. 2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang. 3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu. 4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya. 5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru. 6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru. 7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu. 8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru. 9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik. 10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.
Hormati guru Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

Tepati waktu belajar Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

Siapkan tugasan yang diberi Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
Sembahyang lima waktuBagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

No comments:

Post a Comment