Monday, April 26, 2010

AKTIVITI PROGRAM CELIK AQIDAH



Ustaz Rozaini bin Mohd Dahalan memberi penerangan  kepada murid mengenai beberapa perkara iaitu :

-  pengertian akidah dan iman.
-  asal penciptaan malaikat, jin dan manusia.
-  cerita pertemuan antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Jibril a.s. dalam rupa bentuk yang asal.

Satu kuiz akan diadakan berdasarkan tajuk-tajuk yang disampaikan sepanjang hari semasa perhimpunan.

PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM

Pada 22-24 April baru-baru ini, Pergerakan Puteri Islam SKHI telah menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Daerah Kota Setar bertempat di Kem Pengakap, Jalan Naka, Pokok Sena. Seramai 4 orang pelajar terpilih untuk mengikuti perkhemahan tersebut iaitu :

1.Sarah Anisah Bt Azeman.
2.Safiah Wahidah Bt Mohd Nasir.
3.Nur Umaira Bt Zulhisham.
4.Nurunnajwa Bt Shahbudin.

Sebanyak 53 buah sekolah rendah dan menengah terlibat . Pendaftaran bermula pada jam 4.00 petang dan pelajar-pelajar terlibat memasang khemah selepas pendaftaran. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ialah seperti menulis buku log, membuat kolaj kulit kuaci, Asas-asas ikatan, asas pertolongan cemas, pidato,bercerita dan lain-lain. Perkhemahan tersebut amat baik untuk pelajar kerana ia dapat mendedahkan pelajar tentang Puteri Islam dan amat membina ketahanan mental dan fizikal pelajar terlibat memandangkan persekitaran yang dikelilingi hutan dengan kemudahan asas yang tidak selesa. Perkhemahan bersurai pada jam 11.30 pagi 24 April. Tahniah kepada pelajar-pelajar SKHI yang mempunyai semangat dan jati diri yang kuat , juga kepada guru-guru yang bertugas mengikut jadual yang ditetapkan.




Sunday, April 25, 2010

MONTHLY TEST 2

Myspace Graphics



MONTHLY TEST 2 
26-29 APRIL 2010

Success is the sum of small efforts, 
repeated day in and day out.

PERHIMPUNAN MINGGUAN

TEMA : BEKERJA SUMBER REZEKI

Guru Bertugas :
Puan Mafuzah Said
Puan Hartini Khalid
Puan Zarani Ibrahim
Encik Azeman bin Abdul Aziz
Encik Norbani Md Noordin
Puan Aziah Awanis bt Kamaruddin

Antara aktiviti yang diadakan :
- penyampaian hadiah dan sijil untuk pemain bola baling sekolah.
- penyampaian sijil penyertaan kepada murid yang terlibat dalam Program perkhemahan Puteri Islam.
- penyampaian sijil kepada peserta Knowledge Discovery Spelling Competition Peringkat Daerah Kota Setar.
Hadiah disampaikan oleh Cik Ropiah Ton bt Hamid, PK Kurikulum dan Pentadbiran.

Thursday, April 22, 2010

AKTIVITI MINGGUAN

AKTIVITI MEMBACA SINOPSIS BUKU CERITA
Tajuk Buku : Popular Stories.
Sinopsis cerita dibaca oleh Raashini a/p Bathmanathan (Tahun 3B)


Wednesday, April 21, 2010

PESTA BOLA BALING PKG TELOK KECHAI


TAHNIAH!!!!

Pasukan lelaki dan perempuan bola baling sekolah telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat PKG Telok Kechai yang diadakan di SK Seberang Nyonya pada 19 dan 20 April 2010.Tahniah diucapkan kepada pemain dan guru-guru yang terlibat. Bravo SKHI!

Sunday, April 18, 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Hadiah saguhati diberi kepada murid-murid yang memakai songkok.


Pelancaran Program Celik Aqidah yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam.

Saturday, April 17, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING



Pasukan Bola Baling Sekolah telah mengadakan tiga perlawanan persahabatan pada 12(Selasa), 14(Rabu) dan 15(Khamis) April 2010 dengan pasukan SK Seberang Nyonya , SK Tebengau dan SK Kuala Kedah sebagai persediaan dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat PKG Telok Kechai.
Kedua-dua pasukan sekolah iaitu pasukan lelaki dan perempuan telah berjaya mengalahkan ketiga-tiga sekolah. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada hari pertandingan sebenar pada 19 dan 20 hb April ini. Selamat berjaya...

Monday, April 12, 2010

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-34




 Diadakan pada hari Sabtu , 10 April 2010. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj Fadzil b Abd Rahman, Pengarah Urusan MNF& Associates. Beliau merupakan bekas pelajar Sk Haji Ismail. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis ialah Ceramah Motivasi Keselamatan Jalkan Raya oleh JKJR Negeri Kedah, Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang UPSR 2009 dan Cabutan Bertuah. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Thursday, April 8, 2010

AKTIVITI MINGGUAN

Izaah Madrasiyy ( 7.10 - 7.30)
Murid-murid akan diperdengarkan melalui radio perkataan-perkataan Bahasa Arab yang dipelajari dari Tahun 1 hingga 3. Juga diselang-selikan dengan lagu-lagu Arab yang mengandungi kosa-kosa kata yang dipelajari di dalam kelas.

Barnamaj Lughah Arabiyah (7.40 -7.45)
Murid membaca syair/ cerita pendek/perkataan baru/Adad. Guru memperkenalkan "jumlah mufida".

Aktiviti ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Arab pada setiap hari Khamis.

CERAMAH PERSEDIAAN MENGHADAPI BENCANA ALAM


Dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Ceramah disampaikan oleh Kaunselor Sekolah, Puan Norolhusna bt Harun.

AKTIVITI MINGGUAN




AKTIVITI MEMBACA SINOPSIS BUKU CERITA  
Tajuk Buku :  72 Hadis, Adab dan Nilai-Nilai Murni.
Sinopsis cerita dibaca oleh Nor Farhanim binti Mohammad Suhaimi (Tahun 5A)

Aktiviti ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah pada setiap hari Rabu.



Sunday, April 4, 2010

PERHIMPUNAN MINGGUAN

TEMA : HIDUP BERWAWASAN

GURU BERTUGAS
Pn Anita bt Chee Nee Md (Ketua)
Pn Maziah bt Said
Pn Zahrina bt Darus
Encik Zolkifli bin Hanafi
Encik Rozaini bin Mohd Dahalan
Pn Norzaharah bt Hamid

Aktiviti :
Acara Penyampaian Hadiah dan sijil untuk Pasukan Bola Jaring Sekolah, pemenang dan peserta Karnival Pendidikan Islam. Peringkat PKG Telok Kechai. Tahniah kepada semua pemenang.