Monday, April 26, 2010

PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM

Pada 22-24 April baru-baru ini, Pergerakan Puteri Islam SKHI telah menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Daerah Kota Setar bertempat di Kem Pengakap, Jalan Naka, Pokok Sena. Seramai 4 orang pelajar terpilih untuk mengikuti perkhemahan tersebut iaitu :

1.Sarah Anisah Bt Azeman.
2.Safiah Wahidah Bt Mohd Nasir.
3.Nur Umaira Bt Zulhisham.
4.Nurunnajwa Bt Shahbudin.

Sebanyak 53 buah sekolah rendah dan menengah terlibat . Pendaftaran bermula pada jam 4.00 petang dan pelajar-pelajar terlibat memasang khemah selepas pendaftaran. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ialah seperti menulis buku log, membuat kolaj kulit kuaci, Asas-asas ikatan, asas pertolongan cemas, pidato,bercerita dan lain-lain. Perkhemahan tersebut amat baik untuk pelajar kerana ia dapat mendedahkan pelajar tentang Puteri Islam dan amat membina ketahanan mental dan fizikal pelajar terlibat memandangkan persekitaran yang dikelilingi hutan dengan kemudahan asas yang tidak selesa. Perkhemahan bersurai pada jam 11.30 pagi 24 April. Tahniah kepada pelajar-pelajar SKHI yang mempunyai semangat dan jati diri yang kuat , juga kepada guru-guru yang bertugas mengikut jadual yang ditetapkan.




No comments:

Post a Comment