Ujian PERMATA pintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Seramai 20 orang murid telah menduduki ujian saringan ini .
Sunday, May 30, 2010
Sunday, May 23, 2010
MAJLIS QIAMULLAIL KALI KE-2
Panitia Agama Islam telah menganjurkan Majlis Qiamullail kali ke-2 bagi tahun ini bagi murid Tahun 5 dan 6 bermula pada hari Khamis, 6 petang hingga Jumaat, 8 pagi. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah bacaan Yasin, sesi motivasi bersama penceramah jemputan iaitu Ustaz Khushairi dan Ustaz Mokhtar , sembahyang sunat hajat , sembahyang sunat tahajud dan sembahyang sunat taubat.
Friday, May 21, 2010
PENJAGAAN GIGI
Jururawat dari Klinik Kesihatan Kuala Kedah telah mengadakan sesi demonstrasi cara-cara memberus gigi dengan betul dan juga penjagaan gigi.
Thursday, May 20, 2010
CERAMAH PENCEGAHAN H1N1
Memandangkan wabak H1N1 yang semakin membimbangkan, Puan Norol Husna bt Harun, guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mangambil inisiatif untuk memaklumkan pelajar kepada bahaya ancaman H1N1 dan cara-cara pencegahannya. Ceramah ini turut disampaikan oleh Encik Mohd Fazlan bin Azizan.
Monday, May 17, 2010
Saturday, May 15, 2010
GOTONG ROYONG PERDANA
Gotong-royong antara guru dan murid diadakan untuk menterjemahkan rasa hormat, kasih dan sayang antara guru dan murid. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid-murid.
SAMBUTAN HARI JADI TUAN GURU BESAR
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Guru Besar, Tuan Haji Md Isa. Semoga dipanjangkan umur, sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki.
Subscribe to:
Posts (Atom)






