Sunday, June 27, 2010

KEM UPSR 2010

KEM UPSR 2010

Kem ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Jawatankuasa UPSR pada 24 dan 25 hb Jun 2010 di Chalet Putri Ayu, Yan. Seramai 60 orang murid Tahun 6 telah menyertai kem ini. 10 orang guru telah mengiringi murid-murid yang terlibat. Antara aktiviti-aktiviti yang di adakan ialah Seminar Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi semua mata pelajaran UPSR dan satu slot motivasi. Kem ini bertujuan untuk memantapkan teknik menjawab soalan UPSR, meningkatkan sahsiah diri, serta kesedaran akan kepentingan ilmu. Pelajar akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan, aspek pemantapan, pembinaan sahsiah kendiri, peranan dan tanggungjawab sebagai insan, pengurusan diri (masa), kerja berkumpulan dan meningkatkan motivasi diri.
Program ini diharap mampu membawa satu perubahan dalam diri pelajar ke arah menjadi seorang yang bersahsiah cemerlang dan gemilang.











Tuesday, June 1, 2010

CERAMAH SAHSIAH UNGGUL

Unit Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan satu ceramah  khas untuk murid Tahap Satu. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mokhtar bin Abdul Rashid dari Premier Training and Consultancy.


Matlamat : Pemantapan sahsiah dan pembinaan akhlak yang unggul.
Masa       : 10.00 pagi hingga 1 tengahari.
Sasaran   :  Tahun 1 hingga 3.
Aktiviti    :  Ceramah dan tayangan video/slaid.
Modul
1.  Ciri-ciri anak soleh / solehah.
2.  Kasih ibu bapa.
3.  Sayang guru dan rakan-rakan.
4.  Adab-adab mulia dalam kehidupan.



Sunday, May 30, 2010

UJIAN PERMATA PINTAR

Ujian PERMATA pintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Seramai 20 orang murid telah menduduki ujian saringan ini .


Sunday, May 23, 2010

MAJLIS QIAMULLAIL KALI KE-2

Panitia Agama Islam telah menganjurkan Majlis Qiamullail kali ke-2 bagi tahun ini bagi murid Tahun 5 dan 6 bermula pada hari Khamis, 6 petang hingga Jumaat, 8 pagi. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah bacaan Yasin, sesi motivasi bersama penceramah jemputan iaitu Ustaz Khushairi dan Ustaz Mokhtar , sembahyang sunat hajat , sembahyang sunat tahajud dan sembahyang sunat taubat.

Friday, May 21, 2010

PENJAGAAN GIGI

Jururawat dari Klinik Kesihatan Kuala Kedah telah mengadakan sesi demonstrasi cara-cara memberus gigi dengan betul dan juga penjagaan gigi.

Thursday, May 20, 2010

CERAMAH PENCEGAHAN H1N1

Memandangkan wabak H1N1 yang semakin membimbangkan, Puan Norol Husna bt Harun, guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mangambil inisiatif untuk memaklumkan pelajar kepada bahaya ancaman H1N1 dan cara-cara pencegahannya. Ceramah ini turut disampaikan oleh Encik Mohd Fazlan bin Azizan.

Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Majlis sambutan Hari Guru di adakan dengan meriah. Berbagai aktiviti dilaksanakan.