Ujian PERMATA pintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Seramai 20 orang murid telah menduduki ujian saringan ini .
Sunday, May 30, 2010
Sunday, May 23, 2010
MAJLIS QIAMULLAIL KALI KE-2
Panitia Agama Islam telah menganjurkan Majlis Qiamullail kali ke-2 bagi tahun ini bagi murid Tahun 5 dan 6 bermula pada hari Khamis, 6 petang hingga Jumaat, 8 pagi. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah bacaan Yasin, sesi motivasi bersama penceramah jemputan iaitu Ustaz Khushairi dan Ustaz Mokhtar , sembahyang sunat hajat , sembahyang sunat tahajud dan sembahyang sunat taubat.
Friday, May 21, 2010
PENJAGAAN GIGI
Jururawat dari Klinik Kesihatan Kuala Kedah telah mengadakan sesi demonstrasi cara-cara memberus gigi dengan betul dan juga penjagaan gigi.
Thursday, May 20, 2010
CERAMAH PENCEGAHAN H1N1
Memandangkan wabak H1N1 yang semakin membimbangkan, Puan Norol Husna bt Harun, guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mangambil inisiatif untuk memaklumkan pelajar kepada bahaya ancaman H1N1 dan cara-cara pencegahannya. Ceramah ini turut disampaikan oleh Encik Mohd Fazlan bin Azizan.
Monday, May 17, 2010
Saturday, May 15, 2010
GOTONG ROYONG PERDANA
Gotong-royong antara guru dan murid diadakan untuk menterjemahkan rasa hormat, kasih dan sayang antara guru dan murid. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid-murid.
SAMBUTAN HARI JADI TUAN GURU BESAR
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Guru Besar, Tuan Haji Md Isa. Semoga dipanjangkan umur, sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki.
Monday, May 10, 2010
ACTION SONGS
The Action Song team which comprises of Year 3 students took part in PKG level English Competition. It was held on 29 April 2010 in SK Jalan Pegawai. 11 schools vyed for the top spot in this competition. Our school team succeeded in attaining 4th place and we are still happy for it. Thanks to everyone for their support. Click here and enjoy this video.
AKTIVITI PROGRAM CELIK AQIDAH
Puan Zahrina menerangkan Rukun Islam dan Rukun Iman. Hadiah disediakan kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan.
Sunday, May 9, 2010
SKHI
Santapan ilmu pada warga yang dahaga,
Keberkesanan pengajaran yang mengubah tamadun manusia,
Hilangnya kejahilan dari lubuk jiwa,
Ikhtiar bagi memulihkan alam sejagat yang kelam.
Semestinya warga menumpukan usaha,
Kalungan kejayaan di leher yang dahaga,
Hikmah disebalik langkah yang bermakna,
Inilah hasilan yang telah tersedia.
Susuri setiap onak dan duri ranjau
Keluarkan segala kepedihan silam,
Harga diri diangkat dan dipertahan,
Ikram bersaudara menjadi tunjang kejayaan.
Sinari hidup ini tanpa prejudis,
Kegemilangan masa depan menjadi harapan,
Hidupkan saujana laluan yang benderang,
Impian akan menjadi kenyataan.
Hasil nukilan : Pn Anita Che Nee Md.
Keberkesanan pengajaran yang mengubah tamadun manusia,
Hilangnya kejahilan dari lubuk jiwa,
Ikhtiar bagi memulihkan alam sejagat yang kelam.
Semestinya warga menumpukan usaha,
Kalungan kejayaan di leher yang dahaga,
Hikmah disebalik langkah yang bermakna,
Inilah hasilan yang telah tersedia.
Susuri setiap onak dan duri ranjau
Keluarkan segala kepedihan silam,
Harga diri diangkat dan dipertahan,
Ikram bersaudara menjadi tunjang kejayaan.
Sinari hidup ini tanpa prejudis,
Kegemilangan masa depan menjadi harapan,
Hidupkan saujana laluan yang benderang,
Impian akan menjadi kenyataan.
Hasil nukilan : Pn Anita Che Nee Md.
Subscribe to:
Posts (Atom)