Tuesday, March 30, 2010

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT PKG TELOK KECHAI

Berikut adalah keputusan pertandingan bola jaring yang disertai oleh sekolah kita di SK Mergong pada 29 Mac 2010. Dalam pusingan pertama iaitu peringkat kumpulan, kita telah berjaya menjadi Johan Kumpulan C dengan mengalahkan Sk Jalan Pegawai 12 -2 dan SK Kuala Kedah 9-0. Sekolah kita telah berjaya mara ke peringkat suku akhir dan bertemu dengan SK Seri Pantai. Kita berjaya mengalahkan SK Seri Pantai dengan jaringan 10-0. Pada peringkat separuh akhir, kita telah tewas kepada SK Peremba dengan 4 gol tanpa jaringan. Johan pertandingan ini ialah SK Peremba dengan menewaskan SK Mergong 5-4. Sk Haji Ismail berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada pemain.

SENARAI PEMAIN

Sarah Anisah bt Azeman ( C/ Ketua Pasukan)
Umi Aida Natasya bt Abdullah (WA)
Nur Umaira bt Mohd Zulhysham (WD)
Nurul Nabila bt Mohd Rodzi (GA)
Wan Nur Alia bt Wan Azri (GS)
Siti Syazwani bt Azami (GD)
Nur Nadia Syafawani bt Abd Aziz (GK)

No comments:

Post a Comment